Malang sambut hari raya bersama ayah, kanak-kanak maut lepas didera ibu & nenek tiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Tindakan kejam ibu tiri dan nenek tiri telah mengakibatkan seorang kanak-kanak meninggal dunia dipercayai didera.

Memetik laporan media, kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan baru seminggu dihantar untuk tinggal bersama ayah kandungnya untuk meraikan sambutan hari raya bersama.

Bagaimanapun, malang nasib kanak-kanak berkenaan apabila menjadi mangsa dera ibu tiri serta nenek tiri.

Menurut pihak polis, pasukan mereka bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan berkenaan bagaimanapun ketika ditemui kanak-kanak tersebut sudah terbaring dan tidak bernyawa.

Katanya, badan mangsa ditemui dengan kesan lebam manakala di bahagian tangan dan belakang mangsa pula luka dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain terdapat kesan melecur pada perut kanak-kanak berkenaan.

Pihak polis juga menermui beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mendera mangsa.

Susulan itu, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 65 tahun ditahan bersama bapa mangsa untuk membantu siasatan. Mayat mangsa pula dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen