Tular 'bergaduh' pasal duit palsu, 'influencer' akui semua hanya 'marketing' -"Patutnya 3 hari je."

Oleh: Shasha Zack

Kebelakangan ini, heboh di media sosial mengenai seorang influencer yang bengang menerima duit palsu dari seorang founder produk.

Video pergaduhan mereka tersebar luas di media sosial, namun 'dipangkah' netizen dan disifatkan ianya cuma sekadar 'marketing'

Ramai persoal kalau betul, kenapa tak buat report polis?

Namun begitu, pergaduhan mereka yang berlarutan nampaknya mengelirukan netizen dan dinasihatkan kepada influencer berkenaan untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis.

Dalam satu video yang dimuat naik, influencer berkenaan siap menunjukkan bukti duit palsu di mana ada kesan putih di belakang duit tersebut.

"Patutnya 3 hari je, tapi pihak sana macam nak panjangkan..."

Terbaru, satu video yang tular, dipercayai dari 'live' Tiktok influencer berkenaan, menjelaskan bahawa ini semua ada konten marketing sahaja, menjawab segala tekaan netizen yang tepat!.

Menerusi perkongsian @dayahae di Tiktok, influencer berkenaan menjelaskan segala drama ini pada awalnya memang sudah dirancang namun hanya 3 hari sahaja. 

Walaubagaimanapun, founder produk dilihat tidak memberi kerjasama dan bagaikan sengaja memanjangkan isu ini.

 

 

@dayahae__ Rupanya marketing kes duit palsu😥 #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii ♬ suara asli - gabut woi

 

"Bangga jadi pencetus fitnah..."

Menerusi komen para netizen, mereka dari awal telah menjangka bahawa isu ini hanya sekadar marketing, malahan mengecam kedua-dua pihak yang sengaja dan rela menabur fitnah demi duit.

"Sampai jerit2 dalam live macam meroyan..."

"Dulu orang takut dengan fitnah, sekarang kerana duit & job sanggup..."

"Dah agak marketing sebab tak report polis.."

"Tahu marketing sebab cameraman selamat..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen