Kena serbu waktu bershisha, cubaan gadis 'backup' diri jadi bahan. -"Pening apa dia cakap."

Dalam satu serbuan pihak berkuasa di sebuah premis makanan, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun antara individu yang dikenakan kompaun.

Dia yang ketika itu sedang sendirian menghisap shisha di luar premis sepertinya terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

Gadis gigil diserbu ketika bershisha 

Menerusi video yang dikongsi oleh @IbuPeri, kedengaran suara gadis itu bergetar mempertahankan diri dengan mempersoal tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

 

 

Ujarnya, dia masih seorang pelajar dan agak mustahil untuk dia turun naik mahkamah, apatah lagi memberitahu ibu bapanya berhubung kompaun sejumlah RM250 yang dikenakan ke atasnya.

"Tak adil saya student tau...macam mana nak naik turun mahkamah lagi..."

Bagaimanapun, gadis itu tidak bernasib baik apabila pihak berkuasa yang bertugas mengabaikan segala ucapannya, sebaliknya meminta agar dia melunaskan kompaun itu di balai.

"Mungkin itu last dia shisha"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mentertawakan gadis berkenaan mengenangkan cara dia menjawab soalan pihak berkuasa untuk mempertahankan diri, tetapi berbelit.

"Berbelit-belit dia jawab"

 

"Terpaling medic"

Terutamanya apabila mendengar pengakuannya yang memaklumkan bahawa dia adalah seorang pelajar jurusan perubatan, seolah-olah hendak mengelak daripada dikompaun.

 

 "Konon nak bersantai lah tu"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen