"Saya belum bertudung, tapi Allah dah jemput 3 kali ke Mekah..." - Kenyataan 'berani' selebriti ditempelak Ustazah Asmak

Oleh: Shasha Zack

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menjadi bualan hangat netizen susulan video kupasannya mengenai isu tutup aurat dan makanan halal.

Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat.

“Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Mekah" - Ustazah Asmak 

Susulan kenyataan Ifa, ramai netizen malahan pendakwah yang memberi respons termasuklah Ustazah Asmak yang menegur tutur kata selebriti sensasi tersebut yang disifatkan tidak sopan.

“Pandangan saya, menutup aurat itu wajib, tak kisah dijemput ke Mekah atau pun tidak.

“Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Mekah.” 

Tambah Ustazah Asmak, menjadi tetamu di Mekah adalah bagi mendapatkan haji atau umrah yang mabrur dan bukanlah untuk dibanggakan.

“Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.

“Hati-hati dengan istidraj. Istidraj ini apabila seorang yang tidak mengerjakan suruhan Allah, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.” 

"Yang pasti kita semua akan ke liang lahad..."

Tambah Ustazah Asmak, beliau turut berpesan supaya umat Islam sentiasa berusaha mengikuti segala suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.

“Kerana kita belum tentu dapat ke Mekah namun yang pasti kita semua akan ke liang lahad. Hijab bukan melambangkan tinggi iman tetapi itu simbol ketaatan hamba kepada tuhannya.” 

Pakai Barang Kemas Depan Kaabah, Ifa Raziah;

Respons netizen

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen