Tak perasan CCTV depan muka, lelaki selamba ceroboh pintu curi kasut

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular di laman Twitter akan seorang individu yang dipercayai mencuri kasut terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah rumah di salah sebuah kuarters di Putrajaya.

Dalam video yang dimuat naik oleh laman Twitter Putrajayaku itu dapat dilihat wajah lelaki berkenaan dengan jelas berikutan individu tersebut hanya memakai pelitup muka dibawah dagu.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu dapat dilihat lelaki berkenaan membawa sebuah bag plastik sebelum mendekati sebuah rumah untuk mengambil sepasang kasut.

Menurut seorang pengguna Twitter, kejadian ini bukan kali pertama berlaku memandangkan lelaki berkenaan terakam di CCTV rumahnya dengan memakai pakaian sama.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet berhubung perkara itu. Malah, warga Putrajaya juga mendakwa lelaki berkenaan menjadi punca kasut milik mereka hilang.

Dia tak perasan ada kamera ke?

"Dia yang rembat kasut aku"

Orang sama punya kerja ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen