Ingatkan eksiden sebab mabuk, lelaki dedah sebenarnya ramai lalu tapi tak bantu?

Apabila menyentuh tentang isu pemandu mabuk, ramai melenting dan marah mengenangkan tindakan mereka yang selalu menjadi punca berlakunya kemalangan.

Disebabkan itu, mungkin juga orang ramai serik untuk tampil membantu mereka yang terlibat kemalangan, terutamanya membabitkan bangsa lain.

 

"Manusia dah tak ambil peduli"

Mengambil pendekatan itu, dapat kita lihat menerusi perkongsian Penang Kini di laman Facebook memaparkan kisah seorang lelaki ketika terserempak dengan sebuah kereta 'tersadai' di tepi jalan.

 

 

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, lelaki berkenaan berhenti untuk melihat keadaan pemandu terbabit.

Menurut saksi, kemalangan berlaku sejak pagi tadi tetapi tiada seorang pun sudi membantu.

 

Tiada kereta berhenti ingatkan pemandu mabuk

Menurut seorang warga Indonesia, tiada satu pun kereta berhenti untuk membantunya kerana beranggapan pemandu berbangsa India itu dalam keadaan mabuk.

Namun, dia tidak menerima kenyataan itu bulat-bulat sebaliknya meneliti terlebih dahulu keadaan mangsa sebelum bertindak menelefon ambulans ke tempat kejadian.

"Warga Indonesia tu kata India ni mabuk, aku sanggah, aku tak rasa begitu."

"Bila cek tengok, rupanya mangsa terkena sawan dalam kenderaan ketika sedang memandu dan mengakibatkan berlakunya kemalangan."

Berhenti pun tak bantu

Dia akui kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu percaya dengan tanggapan awal tanpa memeriksa terlebih dahulu.

"Apa yang aku kesalkan sini, beratus orang lalu lalang takde siapa peduli, nampak saja kulit gelap terus cop 'India Mabuk'."

"Dan aku dapat tahu lagi, tadi tengah hari ada saksi beritahu dan ada orang menjenguk, tetapi lepastu mangsa dibiarkan begitu sahaja."

"Manusia cepat menghukum"

Menjengah ke ruangan komen, ramai mulai tersedar dengan perkongsian itu yang seolah-olah telah menjentik hati mereka untuk mengubah perspektif diri, terutamanya berdepan situasi demikian.

 

"Memang ada orang macam ni"

"Bersangka baik jelah"

 

Mengimbau peristiwa tahun lalu,pernah berlaku situasi bilamana seorang wanita menuduh pemandu kontena mengambil barang terlarang.

Padahal pemandu terbabit sedang bertarung nyawa disebabkan sakit jantung yang dialami dan akhirnya meninggal dunia. Moga menjadi iktibar buat kita semua.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen