Cecah RM5 sekotak? Ramai terkejut lihat harga baru air milo. -"Makin parah dunia ni..."

Ekoran kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini, ramai pengguna mulai mengeluh kerana terkesan dengan perubahan tersebut.

Cukup melihat perubahan harga barang mentah, tidak terkata rasanya menanggung kos sara hidup yang makin tinggi.

Harga air kotak milo RM5?

Pun begitu, siapa sangka rupanya perubahan itu juga berlaku pada air kotak milo kegemaran ramai.

@amirulhizamiii

Okay…okay

♬ mom im famous - shaki

 

Sepertimana yang dikongsikan oleh Amirul Hizami, menyaksikan tanda harga pada air kotak milo bersaiz kecil mencecah hingga RM5.

Ia jelas sekali mengejutkan orang ramai, mana tidaknya harga sekotak air itu sudah setanding sepinggan nasi berlaukkan ayam.

"Baik beli peket, bancuh sendiri"

Jangankan dia, netizen juga geleng kepala melihat keadaan itu sehingga ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tidak keruan memikirkan keadaan ekonomi negara ketika ini.

"Termenung nak beli"

"Agak-agaklah sampai RM5"

"Firaun pun migrain tengok"

Bagaimanapun, pemilik akaun tidak memaklumkan secara terperinci samada tanda harga itu tersilap lekat atau sebaliknya.

Demikian adalah kerana ramai tidak percaya bahawa air kegemaran mereka menyaksikan perubahan harga yang mendadak seperti itu.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen