Teringin jumpa kembar, anak tunai hajat ayah lepas 'operation' mata. -"Nak balik semua sedih..."

Bukan sahaja sebab pandemik, tetapi mengenangkan masalah mata yang dialami membuatkan keinginan bapa bertemu adik kembarnya tertangguh selama lima tahun.

 

Pertemuan adik beradik kembar sentuh hati ramai

Walau bagaimanapun, Syawal tahun ini akhirnya mempertemukan mereka semula dan siapa sangka keakraban mereka masih erat sehingga memberi kesan mendalam buat netizen.

 

@cik_eyna09 Sayu tengok atok2 ni..Kembar ada suatu talian yg sangat istimewa.  . MasyaAllah.. first time tengok kembar seiras yang dah lanjut usia. . Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan permudahkan segala urusan atok2 & keluarga. Moga diberikan kesihatan dan kesejahteraan berterusan. Aamiin.. … Kredit Video : Facebook Yusniza Ahmad #fyp #jiwangbroken #hatitisu #rahmatallahswt #alhamdulillah ♬ original sound - Cik EynaIsmail

 

Menerusi perkongsian cik_eyna09 di Tiktok, menyaksikan 'moment' yang dirakam olehnya sewaktu berkunjung ke rumah adik kembar bapanya, Zainol Jaafar di Felda Keratong, Pahang.

"Abah merupakan anak sulung daripada enam beradik. Ditakdirkan adik-adiknya dah pergi dulu yang tinggal hanya adik kembar dan seorang lagi adik lelaki abah berusia 70an."

"Lebih lima tahun abah tak jumpa adik kembar kerana mengalami masalah penglihatan sebelum ini disebabkan menghidap glaukoma."

-anak-

Pernah murung lepas kematian isteri

Tambah cik_eyna atau nama sebenarnya Yusniza, sebelum ini bapanya mengalami kemurungan selepas pemergian ibunya akibat Covid-19 Ogos tahun lalu.

Namun, terdapat perubahan dalam diri bapanya menjelang tarikh pembedahan matanya awal tahun ini.

"Operation mata pada Februari, tapi sejak Januari abah dah eksaited. Abah kata, 'Aku kalau mata dah nampak, aku nak jalan -jalan jumpa adik kembar aku."

-anak-

Tiga hari dua malam yang bermakna

Menurut Yusniza, pertemuan selama tiga hari dan dua malam di Felda Keratong ternyata memberi keterujaan buat pasangan kembar itu.

"Sepanjang tiga hari bersama, aktiviti abah dan ayah (adik kembar) buat mereka gembira, tapi kali anak-anak rasa sayu. Dua beradik sentuh kulit masing-masing. Abah suapkan adik makan."

"Kedua-duanya sangat-sangat rindu. Mereka hanya berfikir pasal kematian, tanya siapa yang akan pergi dulu, entah bila nak jumpa lagi. Kata-kata itu mmebuatkan anak-anak rasa sedih."

-anak-

Dedah Yusniza, sekembalinya ke rumah, abah tidak murung lagi selepas bertemu adik kembar dan adiknya.

Dia turut menambah, abah makin rajin bercerita dengan kawan-kawan di kampung.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen