Sengaja bunyikan ekzos dengan kuat, geng remaja berbaju Melayu diburu polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Sengaja membuat bising hingga mengganggu orang awam, sekumpulan remaka kini sedang dikenal pasti polis berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Meru, pada Rabu.

Aksi sekumpulan remaja membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman media sosial hingga menjadi perhatian ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati, aksi sekumpulan remaja itu dimuat naik menerusi Facebook kira-kira jam 6.30 petang.

"Laporan berkaitan kejadian belum lagi diterima setakat ini," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222.

"Maklumat berkaitan kejadian juga dapat disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran," tambahnya.

Pada Rabu, tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen