“Sampai sekarang tak ada kisah dari dia.” – Netizen tuntut cerita belah pemuda didakwa pukul warga emas

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes seorang penunggang motorsikal mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan seorang warga emas dalam kejadian di Padang Jawa, Shah Alam pada Ahad lalu.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Menerusi ruang komen Harian Metro, rata-rata warganet seakan kurang berpuas hati kerana masih belum mendengar kisah daripada pihak tertuduh yang merupakan juruteknik bahkan hanya cerita dipihak mangsa, Zainoldin Hussain sahaja yang tular di media sosial.

Rata-rata warganet mendakwa penunggang motorsikal berkenaan berkemungkinan diprovokasi oleh warga emas berkenaan sehingga menimbulkan rasa marah sekliguas bertindak diluar kawalan dan aksinya menjadi tular.

Mana cerita belah sini?

Patut balas jari tengah balik

Pokok tak goyang kalau tak ada angin

Kenapa pakcik tak tarik report?

Nasib awak muda, pukul pula orang tua

Semalam, mangsa telah mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan akan kejadian yang berlaku selain turut memaafkan pemuda berusia 24 tahun itu.

Bukan itu sahaja, mangsa juga menafikan bahawa dirinya mengeluarkan isyarat ‘jari tengah’ yang dianggap menjadi punca tertuduh memukul dirinya di tengah jalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen