Beri selipar dipakai pada warga emas berkaki ayam, pemuda rela hanya berstokin

Oleh: Zuzu Yasmine

Melakukan kebaikan ini kadang kala tidak perlu melihat kedudukan atau usianya. Bahkan, kebaikan lebih elok sekiranya dilakukan dengan ikhlas sekaligus tidak mengharapkan balasan.

Beri selipar pada warga emas.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Judedina yang memaparkan seorang lelaki yang membantu seorang warga emas berjalan kaki tanpa memakai selipar di kakinya.

Pengguna TikTok menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

@judedina_ GOOD MORNING AND HAVE NICE DAY Sesiapa Jumpa Brader Melayu Salute dia ok 🙋🏼‍♂️Brader ni Bantu #Sliper dia Untuk Uncle #India ❤#CBP6298 #gombak #batucaves #125zhitam #KLWeAreNotRacist 🤟 ♬ original sound - JUDE

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga dilihat hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan spontan lelaki berkenaan malah turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Tidak hanya itu sahaja, ramai yang ingin bertemu dengan lelaki berkenaan sekaligus memuji didikan ibu bapanya terhadap dia.

Memang anak yang baik

Terbaik didikan mak ayah

Dia sanggup tak berkasut

Semoga dimurahkan rezeki

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen