"Mula2 dia hantar gambar tak senonoh kat perempuan.." - Suami kantoi ada banyak dating apps dalam phone, selalu dera isteri

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari lalu, tular di Twitter tentang luahan seorang isteri malang, dikenali sebagai Bella yang kerap menjadi mangsa dera suaminya.

Sering dipukul malahan dihentak dengan objek keras, Bella hanya mampu menangis setiap hari, kini bersyukur telah bercerai dengan lelaki berkenaan.

 

"Masih trauma, dia start kantoi bila hantar gambar kat perempuan lain..."

Menerusi temubual bersama mStar, Bella menceritakan tragedi hitam didera bekas suaminya tiap masa hingga telefon bimbit dan laptop turut singgah di tubuhnya.

Tambah Bella, mulanya terhidu perlakuan bekas suaminya ketika  dia kantoi menghantar gambar tak senonoh pada perempuan lain. Bermula dari situ, apabila Bella memeriksa telefon bimbit lelaki itu, Bella terkejut melihat banyak dating apps di dalam telefon.

 "Aku kena kuat, sebab aku je satu2 nya harapan anak..."

Sebelum mengakhiri temubual, Bella dengan sebak akui masih trauma namun harus bangkit demi anaknya. Namun begitu, kadangkala dia akan terbayang-bayang pukulan bekas suami ketika melihat barang barang seperti laptop dan telefon bimbit.

Bella juga sempat berpesan pada semua wanita yang mengalami nasib sama untuk terus kuat dan berani menempuh dugaan serta segera melaporkan kelakuan suami durjana agar tidak sewenang-wenangnya dipijak mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen