Surat Cinta Untuk Si Hati Batu.

Batu itu keras sifatnya. Hati pula mudah berubah-ubah perasaannya. Bagaimana hati berupaya menjadi batu, sedangkan kita seorang yang ada kepercayaan? Kepercayaan kepada Tuhan! Salah satu daripada rukun Negara kita. Dan juga kepercayaan kita sebagai umat islam kepada Allah swt. Allah swt yang memegang hati kita, kita berdoa kepada-Nya supaya dilembutkan hati menjadi orang yang baik-baik dan soleh.



Wujudkah insan yang berhati batu ini? Dan kenapa mereka boleh menjadi sebegitu kerasa hatinya? Adakah mereka tidak punya perasaan? Adakah mereka tidak mempunyai kepercayaan? Adakah hidup mereka tenang dengan bersikap begini? Insan seperti ini terlalu ego, pentingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan perasaan orang lain.

Bernasib baik jika mereka mempunyai kekasih hati yang sangat memahami, tetapi jika terlalu mengikutkan perasaan, kelak akan terputus jua hubungan mereka. Kehidupan realiti itu tidak sebegitu indah. Cukup kita meletakkan kepercayaan kepada Allah, maka indah lah hidup kita. Mengapa perlu menyeksa diri sendiri untuk menjadi hati batu? Tidak percayakah kita pada takdir Allah?


Kita tidak faham mengapa mereka menjadi hati batu. Hidupnya sempurna, ada harta dan keluarga. Tetapi apa yang tidak lagi cukup bagi mereka? Tahap kesabaran mereka juga tipis, tidak dapat mengawal perasaan dan amarah. Tidak begitu bijak untuk mengatasi masalah perasaan kepada orang lain, hanya memikir perasaan sendiri.

Wahai si hati batu, berfikirlah anda sejenak. Anda cukup bernasib baik mempunyai ahli keluarga yang cukup sempurna. Masih ada lagi insan yang menyayangi anda. Tidak cukup pada itu, Tuhan anda! Allah swt! Masih menyayangi anda kerana masih mengizinkan anda untuk beribadah dan bertaubat. Masih diberi peluang untuk melakukan aktiviti riadah bersama tersayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

Anda beruntung mempunyai kekasih hati yang mempunyai kesabaran yang tinggi dan cekal untuk menjaga anda. Masih lagi tidak meninggalkan anda terkontang kanting keseorangan dan setia menanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen