Menegur Jangan Sampai Menghina, Menasihati Jangan Sampai Si Dia Pergi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu perhubungan itu sudah tentu ada kala baik, ada kala kurang baik ataupun ada kala terlebih baik. Masing-masing tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Kadang kala, kia mempunyai pasangan yang takut untuk menyuarakan pendapatnya, hanya kerana bimbang jika pasangan kita tersinggung. Jadi bagaimana untuk memberitahu sesuatu perkara yang anda tidak sukai tetapi tidak mahu menyinggung hati pasangan anda. Terdapat beberapa tips cara untuk anda menegur pasangan anda agar si dia tidak tersinggung.



Penggunaan kata ayat kiasan tetapi dari segi gaya yang halus. Penggunaan ini boleh dilakukan untuk anda yang tidak menggemari satu perkara dan ingin pasangan anda tidak melakukan perkara itu. Sebagai contoh, jika pasangan anda mengenakan satu pakaian yang anda tidak gemari dan tidak sesuai di mata anda, jangan terus untuk katakan ia adalah hodoh dan tidak sepadan dengan pasangan anda. Tetapi sebaliknya menggunakan ayat “Sayang kalau awak pakai yang ini mesti nampak lagi cantik berbanding dengan yang ini.” Jadi pasangan anda akan berasa sejuk hati untuk menukar pakaiannya.

Anda juga jangan terlalu memendam perasaan terhadap sesuatu perkara yang anda tidak suka berkaitan pasangan anda. Tidak kira lah ia berkaitan dengan perbuatan atau percakapan pasangan anda. Berterus terang sahaja apa yang anda tidak suka, tetapi pilih satu situasi yang sesuai untuk anda luahkan rasa di hati itu. Sebagai contoh, ambil sedikit masa anda dan pasangan sebelum tidur untuk meluahkan perkara itu. Pasti pasangan anda akan lebih mengerti.



Di samping itu juga, anda juga boleh menegur dengan menggunakan hadiah. Teguran seperti ini pasti akan membuat pasangan anda senang dan gembira. Yela, tiba-tiba dapat hadiah mesti lah sukakan. Jika anda tidak suka melihat pasangan anda berwajah pucat maka anda hadiahkan lah satu set makeup untuknya. Tidak pun jika anda tidak suka melihat rambut pasangan anda tidak terurus maka belikan lah si dia pomade ataupun minyak rambut. Perkara-perkara mudah seperti ini pasti tidak akan membuat pasangan anda sedar akan teguran anda.

Tetapi satu perkara yang anda perlu ingat ialah jangan membandingkan pasangan anda dengan sesiapa sahaja. Sudah sedia maklum bahawa kita ini tidak suka jika dibanding-bandingkan. Jadi elakkan untuk membandingkan pasangan anda. Jadi sebagai seorang pasangan yang prihatin, anda perlu bijak dalam mengatur bicara agar tidak tersasul akan perkara-perkara yang tidak disenangi itu. Sungguhpun anda mahu pasangan anda berpenampilan seperti seseorang, namun pasangan anda tidak perlu tahu akan perkara itu.

Jaga pertuturan ketika hendak menegur agar tiada hati yang terluka. Lakukan cara yang halus agar si dia terima teguran dengan hati yang terbuka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen