“Kuat betul kaki dia...” Mat motor selamba tunda kereta guna sebelah kaki jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya kita lihat motorsikal akan menunda motosikal lain sekiranya berlaku kerosakan begitu juga dengan kereta yang memerlukan lori penunda, namun lain pula dengan video yang tular ini.

Mat motor tunda kereta.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan seorang penunggang motosikal yang dilihat menundah sebuah kereta dengan menggunakan sebelah kakinya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok Kosmo Online, memaparkan seorang penunggang motosikal telah menolak kereta jenis Peroton Wira Aeroback dengan tengan di kesesakan jalan raya.

@kosmoonline Seorang penunggang motosikal dilihat sedang menunda sebuah kereta menggunakan sebelah kaki. Kejadian di Bandar Tasik Selatan #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #tundakeretarosak #kerjasama #fyp ♬ Dj Aku Ngombe Viral Tik Tok - REFFI YOGI

Menurut sumber, kejadian tersebut dirakam di salah sebuah jalan raya di Bandar Tasik Selatan oleh orang awam yang juga merupakan pengguna jalan raya disitu pada waktu itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan lelaki berkenaan. Malah, mereka juga berseloroh bahawa lelaki berkenaan mempunyai kekuatan kaki yang luar biasa.

Terbaik abang tu

Hebat kaki dia

Balik rumah urut sendiri

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen