Khabar angin suami ada anak luar nikah, Citra Kirana percaya Rezky Aditya dah berubah

Oleh: Shasha Zack

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kes melibatkan pasangan selebriti terkenal Indonesia, Citra Kirana dan Rezky Aditya yang sedang bergolak susulan masa lampau Rezky.

Difahamkan kehidupan sebelumnya dikelilingi banyak perempuan, Rezky meyakinkan isterinya, Citra bahawa dia telah berubah sebelum menikahi wanita itu.

11 Potret Manis Citra Kirana & Rezky Aditya, Setahun Menikah!

"Sebelum saya putuskan untuk kahwin dengan suami saya, saya terima semua masa lalu dia..."

Menerusi temubual yang diadakan baru-baru ini, Citra dilihat sangat tabah dalam menyatakan pendiriannya bahawa dia kini yakin dengan Rezky yang telah berubah dan tidak lagi bertukar-tukar wanita seperti dahulu.

Malahan, menjawab kepada isu Rezky yang mempunyai anak dengan wanita lain, Citra juga menjelaskan dia reda jika hal itu terbukti dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

@dailyonmood Semangat ka ciky ujian rumah tangga🤗🤗 #berbagicerita #mood #viral #fyp #citrakirana #rezkyaditya #klarifikasi #rezkycitra ♬ Bertahan Terluka - Fabio Asher

 

Sedia buat ujian DNA, bakal bertanggungjawab jika Naira anaknya

Menerusi Tribunnews, Rezky bersedia membuat ujian DNA bagi  membuktikan Naira Kaemita Sasmita adalah anaknya atau bukan.

"Saya bersedia untuk tes DNA dengan Naira. Ini semua saya lakukan atas dasar kemanusiaan dan memutus keraguan saya terhadap Naira."

Tambah Rezky, jika terbukti Naira adalah anak kandungnya, dia bersedia memenuhi tanggungjawab sebagai bapa ke atas Naira.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen