Dari jauh nampak macam kereta sebenar, Myvi daripada LEGO buat ramai kagum

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan sebuah kereta Perodua Myvi yang diperbuat daripada LEGO telah menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Znspantas telah memaparkan replika kereta tersebut dihantar ke dalam sebuah puast beli belah Publika bagi tujuan pameran.

Sebagai transpoter replika berkenaan, Znspantas mengakui kagum akan hasil seni yang menggunakan LEGO itu, lebih-lebih ia merupakan air tangan anak Malaysia yang dikenali sebagai Bryks Art.

@znspantas Kalau Nak beli myvi mahal sgt,korang buat je guna lego #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian - MASTER RMX

@znspantas Reply to @shhrulhdyat_ Saya transporter je utk event ni..Saya tak tau sgt..Cuma kagum je 🙏🏻 #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang ♬ original sound - Puisi Vibes

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut kagum akan replika kenderaan berkenaan. Malah, mereka juga mengakui bahawa Myvi berkenaan terlihat seakan 'real'.

Risau kalau ada budak buas

Cantik macam kereta betul

Puluh ribu punya koleksi

Berapa lama dia ambil masa ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen