Cincin Yang Sesuai Untuk Anda Dan Cara Memakainya.

Cincin dalam adat perkahwinan tidak dapat dipisahkan. Islam adalah agama terbaik. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti ekonomi, politik dan sebagainya amat dititik beratkan agar semuanya selari dengan perintah Allah. Dalam bab menyarung cincin juga Islam ada panduan tersendiri. Banyak sangat cincin kan? Hehehe Merisik, tunang, berkahwin, anniversary semuanya diberi cincin.



1. Seorang lelaki boleh memakai cincin yang diperbuat daripada perak. Dalam mazhab as-Syafi’e menyatakan ianya adalah sunat. Selain itu? Lelaki boleh juga memakai permata, zamrud, zabardad dan ‘aqiq kecuali cincin emas, ia haram bagi seorang lelaki. Untuk seorang wanita, cincin emas diharuskan untuk dipakai.

2. Lelaki disunatkan memakai cincin pada jari kelingking sahaja. Mazhab Hambali menyatakan, makruh jika memakai cincin di jari tengah (hantu), ibu jari dan telunjuk. Wanita, terserah. Boleh dipakai pada mana-mana jari.

3. Dalam bab tangan pula, kedua-dua tangan boleh disarungkan cincin. Samaada kanan mahupun kiri. Jelas ya?

4. Rasulullah s.a.w pakai cincin di jari dan di tangan mana ya? Nak ikut sunnahlah katakan. Okay. Rasulullah memakai di jari kelinking pada tangan kiri.

5. Alang-alang kita bahas bab cincin, cincin yang ada kalimah Allah dan Rasulullah boleh dipakai ke? Jawapannya adalah dibolehkan. Tetapi jika mahu ke tandas, maka tanggalkan. Hukum memakai cincin yang terdapat kalimah tersebut di dalam tandas adalah makruh.



Jadi, jelas ya? Selamat menyarung cincin. Hehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen