Cucuk duit lama sangat, lelaki 'panas' bila ditegur 'pak guard', tunjuk samseng terus 'dibantai' orang ramai

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video menunjukkan sekumpulan lelaki yang sedang membelasah seorang lelaki, dipercayai individu yang bekerja di bawah ceti haram.

"Guard suruh bagi dekat orang lain keluar duit dulu, tapi dia panas kena tegur..."

Perkongsian video @MalaysiaViral di Twitter menunjukkan rakaman video pergelutan lelaki berkenaan yang difahamkan bengang dengan tindakan lelaki yang sengaja tunjuk samseng dengan seorang pengawal keselamatan.

Difahamkan semuanya berpunca ketika Pak guard tersebut menegur lelaki berkenaan untuk memberi ruang pada orang lain dulu untuk mengeluarkan duit, namun tiba-tiba lelaki tersebut 'panas' dan sengaja mengajak gaduh.

Orang ramai yang berada berdekatan, bengang dan terus membelasah lelaki ceti haram itu seperti dalam video.

Setakat ini, lokasi kejadian masih belum disahkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen