Bagi pengguna media sosial terlihat ‘live’ golongan peniaga yang mempromosikan barang niaga mereka malah menggunakan pelbagai perkara untuk menjadi perhatian ramai.
Buat peminat-peminat haiwam, pasti sangat mengenali seekor kucing yang kerap menjadi model di sesi siaran langsung seorang penjual pakaian haiwan dari Indonesia.
@cicichania96 Sumpah pororo & pororo gemes banget #kucingkusayang #inipororo #pororodanpoby #viral ♬ suara asli - Cici Chania
Mana tidaknya, kucing dikenali sebagai Poro itu kerap kali menjadi peneman pemiliknya Cici Chania sekali menjadi model ketika membuat siaran langsung menjual pakaian dan barang keperluan kucing.
"Poro hilang..."
Terbaru, Cia Chania telah memaklumkan akan kehilangan kucing kesayangannya itu di platform TikTok.
@cicichania96 Yuk bantu yuk mantemen, makasih #inipororo #kucingkusayang ♬ suara asli - Cici Chania
Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan seakan sedih dan sebak akan kehilangan kucingnya sekaligus meminta orang ramai untuk bantu mencari haiwan berkenaan.
Menurutnya, dia sudah puas mencari dikawasan sekitar namun tidak ditemui membuatkan dia seakan mahu menangis.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata turut bersimpati akan kehilangan kucing berkenaan malah bimbang jika haiwan tersebut diambil orang.
Namun, mereka juga meninggalkan beberapa tips untuk mencari kucing yang hilang.
Tinggalkan Komen