Didakwa rosakkan motor orang awam? Warga asing disyaki mabuk, teruk kena belasah

'Sudahlah mabuk, buat onar pula di kedai orang.'

Demikian antara komen netizen berhubung hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Ayoy Acoyfr, yang mana kini menjadi perdebatan dalam kalangan mereka.

Warga asing dibelasah di kedai makan

Menerusi video tersebut, menyaksikan seorang warga Nepal teruk dipukul oleh seorang lelaki lewat usia di sebuah restoran.

 

 

Dalam keadaan huru hara, warga asing itu dilihat berada dalam keadaan separa sedar, malah dia juga berulang kali meminta agar dirinya dipukul lagi oleh lelaki berbaju putih.

Didakwa rosakkan motor orang

Menurut sumber, kejadian berlaku berpunca daripada tindakan warga asing berkenaan yang tiba-tiba mengamuk dan merosakkan motor pelanggan di kedai itu.

 

"Mabuk atau tak, jangan pukul"

Bagaimanapun, apa yang menjadi perdebatan bilamana segelintir netizen beranggapan bahawa tindakan pakcik itu terlalu berlebihan kerana kes mungkin jadi lebih teruk sekiranya pelaku mengalami kecederaan lain.

 

"Ingat pakcik, dia pun manusia"

"Bukan calang2 pakcik ni"

Manakala, sebahagiannya pula akui berpuas hati dengan cara itu walaupun kelihatan agak kasar.

 

"Kalau dah biadap takkan nak diam"

"Sape yang backup Nepal tak tahulah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen