Terang-terangan malukan pemanggil, DJ stesen radio dikecam netizen.

Oleh: Zuzu Yasmine

‘Body shaming’ atau ‘downgrade’ ini bagai satu kebiasaan untuk menegur seseorang tanpa mempedulikan sama ada ayat tersebut menimbulkan rasa tersinggung ataupun tidak.

Bukan itu sahaja, body shaming ini juga turut digunakan sebagai konten tidak kiralah di segmen radio ataupun sebaliknya hingga menjadikan ramai yang turut mula berfikiran negatif meskipun nama individu tersebut tidak disebutkan.

Sama seperti baru-baru ini, satu topik “Dulu lain sekarang lain!” yang dibawakan oleh satu stesen radio popular menjadi perbualan ramai selepas juruhebah berserta pendengar mereka berpakat mengata kenalan sesama sendiri.

Tak elok sebar mood negatif.

Susulan perkara itu, Dr Syahr Musafir telah memuat naik satu posting berunsur teguran di laman Facebook.

Menurutnya, tidak elok-elok membangkitkan mood negatif diawal pagi malah mengajak orang ramai untuk sama-sama memburukkan rakan sendiri.

Semuanya hanya pinjaman. 

Dalam pada itu, Dr Syahr Musafir juga turut berpesan bahawa kelebihan dan kejayaan yang ada pada ketika ini boleh ditarik bila-bila masa dan semuanya pinjaman Allah S.W.T.

Tak salah, gemuk atau tidak. Berjaya atau sebaliknya.

Bukan itu sahaja, tidak masalah untuk seseorang untuk menjadi gemuk, hitam malah berjaya atau tidak yang paling penting berkongsi buka mood positif untuk semua pendengar.

Sehubungan dengan perkongisan tersebut, rata-rata turut mengecam stesen radio tersebut. Malah, mereka juga berpendapat bahawa topik yang dibuka untuk menarik perhatian ramai semakin mengarut.

Pagi nak yang positif

Banyak topik buka aib orang

Melawak tapi kurang ajar

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen