Bantu anggota KKM betulkan tayar, dua lelaki 'bersepai' dirempuh lori laju

Malang tidak berbau, dua orang individu dilaporkan maut selepas dirempuh lori ketika sedang membantu anggota KKM membetulkan tayar di tepi jalan.

Dua maut ketika bantu anggota KKM betulkan tayar

Detik nahas itu, ada dikongsikan oleh pemilik akaun  @MalaysiaViral di laman Twitter.

 

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, kelihatan sebuah lori pembinaan yang berada di 'lane' kiri, memacu laju mendahului kenderaan lain.

Namun, kenderaan berat itu kemudiannya dikatakan bergerak sedikit ke kiri sekaligus  menyebabkan berlakunya perlanggaran itu.

"Tengah buat content Tiktok ke?"

Menjengah ke ruangan komen, ramai mempertikai cara pemanduan lori berkenaan, baik dari segi had laju mahupun tumpuannya ketika memandu.

"Nampak lori bergerak ke kiri sikit"

"Tengoklah berapa laju dia bawa"

 

Demikian susulan mendapati, selepas berlakunya rempuhan itu, dia juga tidak sempat menekan brek dan akhirnya melanggar kereta di hadapannya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen