Cuma lauk sotong kecik dengan seketul ayam! - Nasi kandar 'cekik darah' RM30.20 sebungkus

Oleh: Shasha Zack

Tular satu lagi perkongsian dari Facebook Penang Press menunjukkan satu hidangan nasi kandar yang hanya berlaukkan seketul ayam goreng bersama dua ketul sotong kecil dan separuh telur masin, berharga 'cekik darah', RM30.20.

Harga termasuk papadom RM2, service tax

Berlaku di salah satu restoran nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang, harga yang dikenakan termasuklah tiga keping papadom bernilai RM2, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan amaun digenapkan.

Bagaimanapun, harga yang dipaparkan pada sekeping resit yang dikaburkan nama restoran itu hanya sekadar menyenarai ringkas lauk yang dibeli sebagai nasi campur.

aiiii

"Harga cekik darah, mesti salah kira..."

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dari netizen dilihat, ada yang simpati kerana pelanggan bagaikan diperdaya, namun ada juga yang menyelar tindakan pelanggan yang disifatkan tidak prnah membeli nasi kandar.

Hal ini kerana, jika mengambil menu 'seafood' seperti sotong dan udang, harga RM30.20 adalah berpatutan dengan lauk yang diambil.

"Nasi kandar ni, masuk jangan ambik menu lain..."

"Tak pernah makan nasi kandar ka, baru first time ambik sotong..."

"Jenuh zoom sotong dia, padanla harga dia, 2 ketul tu..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen