PBB setuju nama negara Turki ditukar, kini rasmi sebagai Turkiye

Media Al Jazeera melaporkan, nama negara Turki secara rasminya digantikan dengan Turkiye.

 

PBB perkenan nama negara Turkey ditukar

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas mereka mendapat permintaan daripada negara tersebut untuk perubahan nama.

Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata pihaknya telah menerima surat daripada menteri luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang ditujukan khas kepada Setiausaha Agung Antonio Guterre yang meminta pengguna "Turkiye", dan bukannya "Turki" untuk semua urusan.

Rentetan itu, pertukaran nama negara tersebut secara rasminya telah berkuat kuasa.

Semua urusan perlu guna 'Turkiye'

Mengikut laporan, Turki memulakan langkah menukar nama rasminya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bahasa Inggeris kepada Turkiye pada Disember lalu.

Ia selepas Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum dan meminta orang ramai menggunakan Turkiye untuk menggambarkan negara itu dalam setiap bahasa.

Selain itu, Erdogan juga menasihatkan syarikat untuk menggunakan frasa "Buatan Turkiye" untuk berangan eksport mereka serta mengarahkan agensi negeri untuk menggunakan Turkiye dalam surat-menyurat mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen