"Dia cuma bagitahu nak keluar mengurut..." - Nenek tergamam, cucu hamil 7 bulan maut ditembak

Oleh: Shasha Zack

Menurut Sinar Harian, seorang wanita hamil 7 bulan ditemui maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, semalam.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.

Lelaki maut ditembak ketika memandu

Gambar hiasan

"Cucu cuma bagitahu nak keluar mengurut, suruh saya jaga 3 anaknya..."

Berdasarkan temubual bersama Berita Harian, nenek mangsa (Zawiah Sulong, 68) meluahkan rasa sedih dan terkilan atas kehilangan cucu kesayangannya yang sama sekali tidak disangka.

"Dia (cucu) hanya memberitahu mahu keluar untuk mengurut, selain meminta saya supaya menjaga tiga anaknya kerana mengalami lenguh badan akibat mengandung."

"Saya tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui."

Tambah Zawiah, mangsa keluar rumah sekitar jam 8 malam dan tidak puang hingga keesokan harinya membuatkan dia terlampau risau dan cuma mencari dengan pergi ke rumah rakan mangsa.

"Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, tapi diberitahu cucu tidak pulang ke sana."

Foto hiasan

"Ada saudara bagitahu kereta tersadai tepi jalan..."

Zawiah turut berkata, ketika dia dapat tahu cucunya tiada di rumah rakan, berita itu sangat meresahkan sehingga ada saudara yang memberitahu mengenai kereta mangsa yang tesadai di tepi jalan.

"Saya segera ke lokasi dan terkejut melihat kehadiran polis dan orang ramai."

"Barulah saya tahu kejadian sebenar. Mengucap panjang melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta sudah tidak bernyawa lagi." 

Sementara itu, anak-anak mangsa masih terkejut dengan berita ini malahan anak bongsu tak henti-henti mennagis 'mencari' ibunya.

"Dia (mangsa) seorang cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting saja."

"Selain itu, dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya. Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi untuk terus menjaga anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini."

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi seperti mana permintaan ibu kandungnya sebaik segala proses bedah siasat selesai." 

Tambah Zawiah, dia berharap pembunuh cucunya segera ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen