Seorang warga emas berusia 68 tahun dilaporkan meninggal dunia secara kejam kerana dibunuh anaknya sendiri gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka.
Menerusi Astro Awani, anaknya yang berusia 42 tahun telah ditahan susulan penemuan 15 potongan anggota badan manusia dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian semalam.
Jumpa cebisan daging dalam tangki kumbahan
Menurut Datuk Mior Faridalatrash Wahid (Ketua Polis Perak), laporan diterima oleh pihak polis pada jam 3.30 petang dan anggota dari bahagian siasatan jenayah dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan cebisan daging dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun."
“Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Kita (polis) turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu.”
Tak puas hati dengan harta peninggalan bapa
Hasil siasatan awal mendapati gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya mendorong suspek untuk membunuh dan bertindak kejam terhadap ibu kandungnya sendiri.
Tinggalkan Komen