"Suspek ketuk kepala dulu & kerat." - Bau busuk luar biasa bongkar pembunuhan kejam -kerat 15 badan ibu

Oleh: Shasha Zack

Menerusi Harian Metro, pembunuhan kejam membabitkan seorang anak berusia 42 tahun ke atas ibunya, 68 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah mental.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid (Ketua Polis Perak) berkata, suspek yang telah ditahan semalam diyakini mempunyai masalah mental.

"Kita membuat permohonan reman pagi ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."

"Kita pergi ke belakang rumah, nampak ada papan lapis yang digunakan untuk tutup lubang najis.."

Tambah Mior Faridalathrash, bau busuk luar biasa yang dihidu oleh jiran membawa kepada penemuan mayat mangsa.

 

"Kita mendapat panggilan daripada jiran mengatakan bau busuk yang luar biasa mengakibatkan pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

"Apabila kita pergi ke belakang rumah dan melihat ada papan lapis yang digunakan untuk menutup saluran lubang najis, kita jumpa body (cebisan mayat) di dalam itu.

"Jadi kita menganggap kes ini selesai dan kita akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan selanjutnya."

"Pihak forensik menjumpai antaranya peralatan yang digunakan untuk membunuh mangsa."

"Kita mempercayai suspek bertindak mengetuk kepala mangsa dulu kemudian baru mengerat."

DATUK Mior Faridalathrash Wahid. FOTO L Manimaran

Anak perempuan pelik call tak dijawab, bila suspek angkat kata mangsa keluar tak balik2...

Menurut Mior, kes bermula ketika anak perempuannya hairan ketika panggilan tidak dijawab oleh ibu mereka sejak 28 Mei lalu, dan segera melaporkannya pada pihak polis.

"Mangsa berusia 68 dan suspek berusia 42 tahun tinggal bersama. Anak yang lain akan menghubungi ibu mereka setiap hari tetapi pada 28 Mei lalu, telefon dijawab oleh suspek yang mengatakan mangsa keluar rumah dan tidak pulang."

"Ia menyebabkan seorang daripada anak mangsa membuat laporan polis dan kita menjalankan siasatan sebagai orang hilang."

"Keadaan kediaman tidak terurus berikutan mangsa dan suspek terbabit dalam urusan barangan terpakai. Jadi rumah berselerak dan bau pun agak tidak menyenangkan." 

Setakat ini, hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen