"Patutla rumah sunyi, taknampak kelibat auntie"- Jiran dakwa mangsa suka nyanyi 'ghaib', tiba2 maut dikerat 15

Oleh: Shasha Zack

"Biasanya kami dengar suara 'auntie' menyanyi dan kadangkala menjerit, namun sejak beberapa hari lalu, kelibatnya tidak kelihatan."

Pendedahan jiran mangsa kerat-15 menyatakan wanita warga emas yang dibunuh anaknya di Taman Kerian seorang yang suka menyanyi dan menjerit namun hairan sejak kebelakangan ini langsung tidak kedengaran suara malahan kelibatnya juga langsung tidak kelihatan.

"Sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak dengar apa-apa bunyi, sama ada ketukan atau jeritan sehinggalah ketibaan polis, semalam." 

"Kami juga tak dengar bunyi ketukan atau memotong sesuatu..."

Menurut Harian Metro, suspek berusia 42 tahun sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumah.

"Sepanjang tempoh itu juga kami tidak mendengar bunyi pelik seperti ketukan atau memotong sesuatu. Sehinggalah petang semalam apabila kelihatan sepasukan anggota polis mengerumuni kediaman mangsa dan barulah kami tahu dia dibunuh." 

Perkarangan rumah suspek penuh longgokan barangan lusuh

Tinjauan ke lokasi jenayah mendapati rumah suspek dikelilingi pita polis manakala bahagian pintu belakang yang menempatkan tangki kumbahan ditutup.

Dalam pada itu, perkarangan rumah juga tidak terurus dengan longgokan pelbagai barangan lusuh yang dikutip suspek.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen