"Sakit mata tengok.." - Geram rambut anak kena 'tokak', bapa suruh guru2 panggil 'barber', jangan gunting ikut suka

Oleh: Shasha Zack

Kecoh di media soosial mengenai satu posting 'luahan' seorang bapa yang merungut kerana 'benci' dan 'sakit mata' melihat rambut seorang pelajar yang dipotong oleh guru gara-gara terlampau panjang.

Siap mencadangkan para guru untuk memanggil tukang gunting untuk memotong rambut pelajar-pelajar dengan lebih baik, pendapat individu tersebut dikecam hebat orang ramai.

"Apa benda cikgu pulak yang kena panggil tukang gunting rambut? Anak kau anak raja?..."

Susulan tularnya posting tersebut, seorang individu telah berkongsi pendapatnya di Facebook miliknya dengan menyatakan undang-undang berhubung isu rambut telah lama termaktub dalam peraturan sekolah.

Malahan, Mohd Fadli Salleh juga menegaskan bahawa peraturan haruslah dipatuhi jika enggan dihukum dan bukannya mengharapkan layanan bagaikan 'raja'.

 

 

"Cikgu bukan tukang gunting..."

Menjengah ke ruangan komen- rata-rata netizen bersetuju dengan hukuman dikenakan para guru terhadap isu menggunting rambut di sekolah malahan mengecam hebat pendapat individu terbabit yang 'sakit mata' dengan cara guru menghukum pelajar yang melanggar peraturan.

"Mesti anak dia jenis manja, patut dengan bapak dia sekali cikgu denda..."

"Mak bapak jenis suka komplen benda tak patut..."

"Takyah terperanjat la kalau perangai anak macam..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen