Demi konten, lelaki 'diserang' orang utan tampil minta maaf - "Saya mengaku sengaja lompat ke dalam..."

Oleh: Shasha Zack

Sejak semalam, tular satu video cemas seorang lelaki yang 'diserang' orang utan di Zoo Kasang Kulim di Riau, Indonesia hingga kakinya turut terangkat gara-gara tindakan agresif tersebut.

Menurut Tribun News, pengurus zoo tersebut, Desrizal memaklumkan bahawa lelaki bertindak melulu tanpa mendapat kebenaran petugas,melompat ke dalam kandang orang utan untuk mengambil video.

 
 

"Saya minta maaf..."

Terbaru, lelaki berkenaan difahamkan telah membuat permohonan maaf terbuka kerana melanggar peraturan zoo dengan memanjat pagar demi membuat video.

Lelaki itu juga dikatakan telah melanggar peraturan dengan menendang orang utan tersebut.

Dalam pada itu, Desrizal turut menyeru orang ramai agar tidak mencontohi sikapnya dan mematuhi undang-undang zoo demi keselamatan.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Kasang Kulim Zoo (@kasangkulim_zoo)

 

Video permohonan maaf Desrizal turut dimuat naik di akaun Instagram rasmi Zoo Kasang Kulim.

“Saya ingin meminta maaf kepada Zoo Kasang Kulim atas perbuatan saya yang telah melompat ke dalam kandang haiwan."

“Saya juga meminta maaf kerana video tersebut tular, saya tidak ingin memberikan kesan negatif dan buruk.” 

Ramai netizen kecam, tak kurang juga yang terhibur

Video yang tular sejak semalam itu mendpaat reaksi ramai netizen, ada yang terhibur, tidak kurang juga yang mengecam tindaka Desrizal.

dalam video, bajunya telah ditarik hingga koyak oleh orang utan tersebut hingga lelaki berkenaan terpaksa menjerit meminta tolong.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen