Tular satu posting di Facebook mengenai nasi lemak RM1 yang berlaukkan tahi ikan bilis.
Menerusi Kosmo, wanita tersebut, Nora Syida memuat naik gambar bersama luahan kecewanya di portal Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
"Kalau saya jadi peniaga, tak tergamak nak bagi..."
Dalam gambar, dapat dilihat tahi ikan bilis 'digantikan' dengan ikan bilis yang menjadi menu wajib dalam hidangan nasi lemak.
Nora Syida meluahkan rasa kecewanya kepada peniaga yang tergamak bertindak sedemikian, memandangkan nasi lemak yang dijual hanya dengan harga RM1.
"Kalau berniaga biarla dengan niat ikhlas..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa malahan mengecam tindakan penjual yang disifatkan tidak jujur dalam meniaga.
Tinggalkan Komen