Tular satu video menunjukkan hukuman yang harus dihadap oleh satu pasangan 'couple' di Indonesia gara-gara kantoi bercinta dan ditangkap oleh guru mereka.
Menerusi laporan Kosmo, rakaman tersebut menunjukkan seorang pelajar lelaki menolak seorang pelajar perempuan di atas sebuah kereta sorong di pekarangan sebuah pusat tahfiz atau sekolah pondok.
Kena keliling kawasan, hukuman sebab 'couple'
Perkongsian Twitter @ndagels merakamkan pelajar perempuan berkenaan menundukkan kepala sambil dosorong oleh teman lelakinya mengelilingi kawasan sekolah.
Sementara pelajar lelaki tersebut dilihat hanya menolak sambil menahan malu ketika hukuman tersebut dijalankan ke atas mereka.
Ketika dihukum, seluruh pelajar dilihat berkumpul dan mentertawakan pasangan itu.
— Mas Adem (@ndagels) June 7, 2022
"Hukuman malukan di depan umum ni kena hentikan..."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan hukuman tersebut yang disifatkan hanya ingin memalukan pasangan berkenaan ketika kesalahan tersebut hanya perlu ditegur dengan baik dan tertutup saja tanpa perlu mengaibkan sesiapa.
Tinggalkan Komen