Sakit tak 'surut' lepas jumpa 8 pakar, kini giliran KKM pula bantu Ustaz Kazim cari penawar

Setelah sekian lama menanggung derita penyakit 'misterinya', pendakwah bebas, Dato' Ustaz Kazim Elias memberitahu bahawa terdapat beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membantunya.

Semua pakar kata sakit kulit biasa

Menurutnya, pakar dari Institusi Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemunya dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis.

"Mereka akan buat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim."

"Tetapi sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini."

-Kazim Elias-

Syukur ramai sudi bantu

Beliau luah syukur atas bantuan yang dihulurkan, bukan sahaja dari kalangan pakar tetapi juga persatuan doktor tetapi juga secara individu.

"Saya bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat saya terbuka untuk berkongsi sakit yang saya deritai selama ini."

-Kazim Elias-

Terdahulu, pendakwah itu ada berkongsi akan sakit yang dialaminya sejak lapan bulan lalu.

Namun, siapa sangka rupanya selain menahan sakit, beliau juga mengalami kegelisahan hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen