Siti Bainun saman JKM WPKL, mohon perintah supaya Rumah Bonda dibuka semula

Oleh: Shasha Zack

Menerusi Berita Harian, Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Bonda telah memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) dan memohon perintah supaya rumah perlindungan itu dibenakan beroperasi semula.

Difailkan melalui Siti Bainun selaku pengerusi dan plaintif, tuntutan itu dilakukan  melalui Tetuan Asiah Abd Jalil Law Chambers di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Jun lalu, dengan menamakan Pengarah JKM WPKL sebagai defendan.

Pengasas Rumah Bonda gagal dapat hak penjagaan anak

Mohon perintah agar defendan menaggalkan 'Lak'

Menerusi saman yang dibuat, plaintif memohon perintah supaya defendan menanggalkan 'Lak' yang dibuat pada 12 Julai 2021 ke atas premis itu di Taman Setapak dan memohon perintah supaya plaintif boleh menggunakan premis berkenaan, selain daripada pusat jagaan, serta memohon kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

 

Berdasarkan afidavit sokongan difailkan bersama saman itu, Siti Bainun berkata, beliau menerima Notis Lak daripada JKM WPKL, yang memaklumkan Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

Siti Bainun mendakwa, tindakan lak yang dibuat pada 12 Julai 2021 atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar, memandangkan JKM WPKL mengetahui rumah perlindungan itu sedang dalam proses permohonan pendaftaran.

 

"Pada 20 April 2022, Rumah Bonda menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993 dan Rumah Bonda membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022," katanya menerusi afidavit sokongan."

Siti Bainun gagal lagi

Siti Bainun berkata, beliau kecewa apabila dimaklumkan Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL bahawa, Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun dijelaskan sepenuhnya.

"Saya sebagai pengerusi Rumah Bonda dan mewakili seluruh ahli jawatankuasa berakujanji bahawa, sekiranya mahkamah memberikan perintah menanggalkan lak itu, saya dan Rumah Bonda tidak akan menggunakan premis berkenaan sebagai pusat jagaan, sehinggalah premis didaftarkan di bawah Seksyen 10 Akta Pusat Jagaan 1993," katanya."

Siti Bainun mendakwa, selepas tindakan lak dilaksanakan, beliau, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda, sekali gus menyukarkan usaha permohonan pendaftaran rumah perlindungan itu dan tidak boleh menjalankan kerja amal lain, seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

"Rumah Bonda sehingga kini terpaksa membayar sewa bulanan bagi premis itu berjumlah RM2,800 sebulan, meskipun tidak dapat menggunakan premis berikutan tindakan Lak oleh JKM WP KL dan sejak 12 Julai 2021, Rumah Bonda menanggung kos sewa hampir setahun tanpa peluang memanfaatkan premis itu."

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda pada 22 Jun ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen