Hampir sebulan pemergian, adik diam2 'post' gambar arwah abang luah rindu... -"Saya tak ada kawan..."

Pejam celik, sudah hampir sebulan pemergian lima sekawan dari Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) selepas mereka terlibat dalam kemalangan ngeri pada 12 Mei lalu

Meskipun saling tak mengenali, namun kesedihan yang dirasai oleh keluarga serta kenalan terdekat turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

 

Status 'Whatsapp' adik arwah undang sebak

Namun, kehilangan itu mungkin lebih dirasai oleh adik kepada salah seorang mangsa terlibat iaitu Muhammad Nabil Haikal Bin Muhammad Fariz.

Menerusi perkongsian ibu saudaranya, Mywaaruslan menyaksikan video yang diambil daripada muat naik hantaran adik arwah di laman Whatsapp miliknya.

 

@mywaaruslan2802 Kerinduan seorang adik terhadap abg nya.Kita boleh menilai berdasarkan klip video ni.Spongebob dan patrick.Sara mmg rapat dgn arwah.Semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman.Al fatihah. #weneedjucticeforthem #pelajarusas #km245 #terowongmenora #ipohperak #fyp ♬ original sound - Mywaaruslan

 

'Post' gambar tanda luah rindu

Dalam hantaran tersebut, budak perempuan itu diam-diam rupanya sedang menyimpan rindu terhadap abangnya bilamana dia kerap berkongsi gambar mereka berdua di platform itu.

Kelihatannya, mereka berdua sangat rapat dan kehilangan arwah Akmal pastinya memberi tamparan hebat buatnya yang masih kecil.

"Sedihnya!"

Bagaimanapun, siapa sangka rupanya perkongsian itu turut menyentuh hati warganet mengenangkan nasib kanak-kanak itu yang terpaksa merasa kehilangan dengan usianya masih muda.

 

"Nak nangis"

"Moga adik Sara kuat"

Namun, mereka berharap agar suatu masa nanti dia dapat menerima hakikat terhadap apa yang menimpa arwah abangnya selain mendoakan agar kanak-kanak itu kuat menempuhi kehidupannya selepas ini.

 

"Berat rindu orang dah tiada"

 

Al-Fatihah

Salam takziah, moga kelima-lima roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman di sisi-Mu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen