'Steady' lari sejauh 4.8km, kekuatan pelajar ini buat cikgu tergamam. -"Betul2 tak ada jantung..."

Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri, jika tidak dalam bidang akademik mungkin dalam bidang sukan.

Justeru itu, sebagai keluarga ataupun guru, sokonglah setiap sesuatu yang mereka ingin lakukan, selama mana ia dilihat terbaik untuk masa depan anak-anak di kemudian hari.

 

"Betul-betul tak ada jantung budak ni"

Mengambil perkongsian Zenang yang juga merupakan seorang guru, beliau ada memuat naik video menyaksikan suasana sekitar program tahunan sekolah iaitu aktiviti merentas desa.

Dalam ratusan peserta yang mengikuti aktiviti itu, salah seorang dari pelajarnya menjadi tumpuan ramai apabila dia mampu bertahan untuk larian sejauh 4.8km itu.

 

@zenang10 Betul2 takda jantung budak ni😩 #sprinter #longdistance ♬ Unstoppable - Sia

  

Meskipun saingan kelihatan sengit di garisan penamat, namun semangatnya untuk meneruskan larian seharusnya dipuji, tambahan pula mengenangkan tahap umurnya yang masih bersekolah rendah.

"Bestnya!"

Meninjau ke ruangan komen, nampak ramai mulai mengimbau kenangan lalu yang mana menurut mereka ia antara 'moment' yang paling menyeronokkan.

Terasa lepas sebentar beban jika diberi peluang berlari sejauh itu.

 

"Rasa hilang semua beban"

 

"Hebat adik ni"

Namun, tak kurang juga yang mengagumi semangat pelajar berkenaan dan beranggapan bahawa kelebihan yang ada pada dirinya boleh melangkah lebih jauh dalam bidang sukan itu.

 

"Wakil negara nanti"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen