Pekerja kedai asam pedas mohon maaf, anggap kes selesai. -"Waktu tu saya teremosi..."

Sejak kebelakangan ini, sebuah restoran asam pedas terkenal menjadi bualan hangat dalam kalangan orang ramai berhubung sikap pekerjanya yang dianggap biadap.

Ia selepas salah seorang pelanggan mereka memuat naik video serta luahannya yang kecewa dilayan sebegitu oleh pihak restoran terbabit.

 

Pekerja mohon maaf, mengaku terlebih emosi

Bagaimanapun, pekerja restoran tersebut memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut dan telah membuat permohonan maaf di atas ketelanjuran sikapnya.

"Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadanf ada juga kesilapan dari pihak pelanggan."

"Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa"

-Pekerja-

"Terpulang pada pelanggan"

Rentetan peristiwa yang berlaku, dia juga tidak menolak kemungkinan pasti akan ada pihak akan memboikot kedai dan sebagainya, namun dia menegaskan ianya terpulang kepada hak masing-masing.

"Mana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing."

"Tapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian."

-Pekerja-

Video di kedai makan tular

Anda masih keseorangan?

1,103,857 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen