Suami lumpuh separuh badan, isteri tetap di sisi, tiada niat cari pengganti - "Semua sebab sayang.."

Oleh: Shasha Zack

Kasih isteri, meskipun suami telah 5 tahun terlantar, namun tetap setia menemani dan menjaga kerana terlampau sayang.

Itulah kisah Noorshakilla Hayati Mohd Sohak, 28, yang menetap di Taman As'syakirin Kampung Saujana, saban hari menjaga dan menguruskan suaminya, Raja Azreen Raja Ariff, 27, yang lumpuh paras dada hingga ke bawah.

Memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Noorshakilla tabah membesarkan anak tunggalnya, Raja Anas Mikhael, 5 sambil menjaga suami tersayang.

"Memang ada yang persoalkan kenapa saya bertahan dan setia dengan suami walaupun keadaannya begitu namun semua kerana sayang. Apa pun terjadi, biarlah kami susah senang bersama."

"Suami kemalangan, tidak sedarkan diri dan keesokan harinya terjaga namun sudah lumpuh..."

Tidak bekerja kerana perlu memantau suaminya sepanjang hari, Noorshakilla akur di samping tuntutannya perlu menjaga anak yang masih kecil. 

"Suami terbabit dalam kemalangan di Besut pada 2017 selepas kereta dipandunya dilanggar dari arah belakang."

"Insiden berlaku ketika saya hamil tiga bulan pada Ramadan, seingat saya 10 hari sebelum Aidilfitri."

"Akibat kemalangan itu, suami tidak sedarkan diri dan keesokan harinya terjaga namun sudah lumpuh." 

Tambah Noorshakilla, dia perlu mengurus segala keperluan suami dan memandikannya kerana Raja Azreen yang tidak mampu bergerak banyak, perlu diberi makan dan minum setiap hari.

"Di rumah hanya ada saya, suami dan juga anak. Jadi, saya yang akan suap suami ketika makan dan bantu dia gunakan straw untuk minum, kemudian bawa dia ke tandas waktu mandi juga buang air."

"Begitulah rutin saya setiap hari malah jika ada masa terluang, saya akan bawa suami keluar berjalan di sekitar rumah bagi mengambil angin."

"Mujurlah ada kerusi roda yang boleh membantu memudahkan pergerakan. Setakat ini, hanya bergantung dengan elaun bulanan sebanyak RM350 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat." 

"Saya terima & bersyukur kerana isteri, anak, keluarga sentiasa ada di sisi..."

Bagi Raja Azreen pula, dia reda dan menerima ketentuan Allah buatnya di samping bersyukur kerana dikurniakan isteri serta keluarga yang tetap menyokong.

"Tertekan dan sedih itu memang ada apabila keadaan diri tidak lagi sama seperti dahulu."

"Mana tidaknya setiap masa saya terlantar sahaja di katil namun apa boleh buat, sudah suratan hidup begini."

"Jadi saya terima saja dan bersyukur kerana isteri, anak juga keluarga sentiasa ada di sisi untuk beri sokongan."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen