KPDNHEP tegur peniaga 'viral' suruh jaga etika, tapi tegaskan tiada akta lindungi pelanggan yang dimaki hamun

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi 51 saat yang menunjukkan peniaga Restoran 35 di Plaza Mahkota, Bandar Hilir bertindak biadap dengan menghambur kata-kata kasar kepada salah seorang pelanggannya.

Menurut Kosmo, susulan kejadian itu, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, semua pihak sama ada peniaga dan pelanggan diingatkan untuk bersabar dan beretika dalam menghadapi sebarang perselisihan.

“Sebagai peniaga, kita perlu mempunyai etika dalam menjalankan perniagaan kerana pelanggan adalah raja, apa yang dibuat pelanggan sepatutnya peniaga sentiasa bersabar dan bertolak ansur."

“Walaubagaimanapun kita tahu mungkin setiap pihak termasuk peniaga sedang tertekan ditambah lagi dengan kenaikan kos sara hidup, tetapi itu bukan alasan untuk bertindak biadap dengan pengguna."

“Sebab itu kadang-kadang peniaga sepatutnya bersabar dan bertolak ansur. Jadi diharapkan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.” 

"Tak ada akta yang boleh kompaun peniaga yang layan pelanggan secara kasar..."

KPDNHEP walaubagaimanapun memberitahu, tiada akta khusus untuk melindungi pelanggan yang dimaki hamun oleh peniaga seperti yang tular di Melaka, baru-baru ini.

“(Setakat ini), kita tidak ada akta yang boleh untuk kompaun (peniaga sekiranya pelanggan dilayan secara kasar) dan sebagainya. Cuma kita berharap semua orang kena banyak bersabar.” 

KPDNHEP cadang wujud restoran harga patut - Wacana

Walaupun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan...

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Ngwe Hee Sem mengunjungi restoran berkenaan dan menasihati pemiliknya.

Hee Sem dilaporkan berkata, walaupun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan bagi membela tindakan tersebut sehingga boleh mencalarkan imej negeri.

Susulan itu, pekerja restoran berkenaan yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu telah memohon maaf kepada pelanggan kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan 'perang mulut' antara pihak nya dengan pelanggan.

Sementara itu, Rosol turut memberitahu, pihaknya berharap kejadian seumpama itu akan menjadi pengajaran buat semua pihak terlibat sama ada golongan peniaga dan juga orang awam.

Exco Perpaduan - Ngwe Hee Sem

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen