"Cek la pesakit betul2." - Wanita kecewa, doktor KK ambil mudah penyakit, makan ubat sampai bengkak mata

Oleh: Shasha Zack

Tular beberapa hari ini, luahan perasaan seorang wanita yang dilayan ala kadar oleh sebuah Klinik Kesihatan (KK) yang tidak didedahkan namanya.

Menurut mStar, Sri Idrina, 28, menceritakan perkhidmatan KK berkenaan yang sangat tidak memuaskan, menegnai sakit yang telah dideritai selama 2 bulan.

"Kalau tak jatuh ke apa, takde apa2 tu..."

Dalam temubual, Sri menjelaskan dia telah menahan sakit sejak 2 bulan lalu susulan jadual kerjanya yang penuh hingga dia tidak berkesempatan untuk ke klinik.

Walaubagaimanapun, apabila sakit ini telah mengganggu kerja, dia akhirnya terpaksa berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun hampa dengan layanan yang diberikan oeh doktor.

"Sebelum ni pon saya pernah pergi, tapi mereka anggap saya sakit sikit je. Mereka tanya 'nak MC ke?' & akhirnya masih bagi saya ubat tahan sakit yang berbeza-beza tanpa dengar penerangan tentang sakit yang saya alami."

"Bila saya tanya, jawapan mereka sentiasa 'kalau tak jatuh ke apa, takde apa tu'. Bila cakap saya pernah jatuh, doktor kata, 'tapi tu tahun lepas kan' dan akan proceed untuk bagi saya ubat tahan sakit je."

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

"Doktor cakap 'oh mungkin salah tidur' tapi saya minta jugak nak xray..."

Apabila tangan kanan dan bahagian belakangnya mulai kebas dengan lebih parah, Sri nekad berjumpa doktor dan hampa dengan jawapan doktor yang menganggap dia hanya tersalah tidur.

"Doktor terus sebut 'oh mungkin salah tidur' tanpa dengar penerangan saya lebih lanjut. Tapi saya minta juga buat x-ray."

"Dengan muka seolah-olah nak taknak, dia hantar jugak saya ke x-ray. Bila keluar result, dia kata belakang saya ada bengkok sikit, tapi takde apa yangs serius then suruh saya ambil ubat."

"Saya takpernah makan ibuprofen sebelum ni dan bila saya makan rupanya badan saya tak terima ubat tu buatkan mata saya bengkak. Lepastu saya stop makan, minggu depan akan dapatkan rawatan di hospital swasta."

"Layanan KK biasanya kasar & suka anggap orang datang sebab nak MC..."

Berikutan video yang tular, ramai netizen mengecam,tidak kurang juga yang menyokong malahan berkongsi kisah lebih kurang sama dengan Sri. 

"Kecaman yang datang banyak dari doktor2. Saya akui bukan semua perangai macamtu cuma 80% dari mereka memang tak minat nak ambik tahu pasal pesakit."

"Layanan mereka tetap sama. KK berlainan tapi layanan kasar & suka anggap orang datang sana sebab nak MC. Jadi saya sangat kecewa."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen