Dapat bantuan zakat sejak 2015, ibu anak 3 tetap terus mengemis, suami pula tak kerja

Oleh: Shasha Zack

Tetap mengemis setiap hari, sebuah keluarga masih meneruskan kegiatan mereka walaupun telah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Kosmo, hal ini didedahkan selepas Skuad Saidina Umar (SSU) LZS dengan satu keuarga yang sedang rancak meminta sedekah pada hari jumaat yang lalu ketika selepas solat jumaat, di perkarangan sebuah masjid.

Pengemis di Masjid Al Furqon Bikin Jamaah Tidak Nyaman, Suka Tarik Baju dan  Ngejar-Ngejar | jejamo.com

Gambar hiasan

 

Hulur beg kertas untuk minta sedekah

Dalam kenyataan Facebook rasmi LZS, didapati seorang wanita dengan 2 anaknya sedang menghulurkan beg kertas kepada setiap jemaah yang lalu dengan tujuan meminta sedekah.

“Semakan terus dibuat menerusi sistem dan didapati mereka adalah penerima bantuan tetap dari LZS sejak tahun 2015 lagi."

“Keluarga ini disahkan adalah asnaf miskin dan menerima bantuan zakat bagi kewangan bulanan, makanan bulanan, raya tahunan, pendidkan tahunan dan juga beberapa bantuan tunggakan hutang keperluan hidup.”

Tambah LZS, bantuan zakat yang diberikan buat keluarga tersebut setelah ditelilti, sangat mencukupi dan merangkumi semua keperluan mereka.

Benarkah ada 'sindiket' dalangi aktiviti pengemis?

Gambar hiasan

"Suaminya tidak bekerja akibat masalah kesihatan..."

Susulan itu, pihak mereka telah mengunjungi rumah keluarga tersebut dan untuk melihat keadaan hidup sebenar mereka.

“Ketika kunjungan ke rumah mereka didapati suaminya tidak bekerja akibat masalah kesihatan. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah rendah."

“Kebiasaannya dua orang anak akan mengikut ibu mereka setiap jumaat meminta sedekah di masjid-masjid manakala seorang lagi tinggal di rumah untuk menjaga ayahnya.” 

“Isu meminta sedekah ini bukan di bawah bidang kuasa kami namun atas tanggungjawab, teguran dilakukan secara baik agar tidak mendatangkan fitnah pada diri, keluarga, masyarakat dan agama."

“Justeru, kami merayu pada orang awam agar menyemak terlebih terlebih dahulu sekiranya menjumpai kes sebegini. Dikhuatiri niat baik kita bersedekah menjadi lubuk buat mereka yang suka mengambil kesempatan.” 

Wartawan buat ujian sosial sebagai pengemis, kutip RM147 dalam dua jam -  Selangorkini

Gambar hiasan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen