"Bainun gaul nasi goreng dengan cili, pegang dagu Bella & suap. Bella elak tapi kena paksa." - Saksi

Oleh: Shasha Zack

Menerusi Kosmo, dagu remaja perempuan Sindrom Down, Bella dipegang dan dipaksa memakan nasi goreng bercampur cili oleh Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali di sebuah unit Kondomonium di Wangsa Maju sekitar Mei tahun lalu.

Saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam, 40 yang juga Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, berkata kejadian tersebut berlaku di depan matanya ketika dia pulang ke sana untuk makan tengah hari, melihat Siti Bainun meletakkan sejumlah cili yang sudah dipotong dengan nisbah cili yang banyak.

"Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan..."

“Di antara Siti Bainun dan Bella ada bangku kayu, saya nampak Siti Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi."

“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng dengan cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan, saya terkejut kenapa buat Bella macam ini, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak ada ‘confront’ (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront nanti saya tidak pasti reaksi dia.”

Menerut saksi ke-5 dalam prosiding terdahulu, Yasmin Nahar Mahmood, 19, (bekas penghuni Rumah Bonda) memberitahu mahkamah, Siti Bainun telah memberi Bella makan 20 biji cili selama beberapa kali seminggu.

Kes pengasas Rumah Bonda dera OKU, saksi dakwa Bella dicili, dijirus air  panas - Berita | Majoriti

"Saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, muka Bella ketakutan..."

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat muka Bella mempunyai kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka ketika ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Bainun pada (13 Jun) sebab Bainun ajak makan ‘King Crab’ untuk ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah pukul 5 petang saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan ada kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan dan itulah keadaan Bella paling teruk.” 

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengapa saksi itu tidak bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku, (keadaan Bella) Suhana menjawab, bimbang dengan reaksi Bainun akan terhadapnya dan Bella.

“Saya fikir kalau beritahu Bainun dan Bainun tidak suka dengan apa yang saya cakap pada dia, saya bimbang dengan keselamatan Bella dan saya tidak tahu mungkin Bella akan disorokkan kalau saya dah confront (bersemuka) dengan Bainun."

Tambah Suhana, akses kondominium yang didiami Siti Bainun agak ketat berikutan pengunjung perlu meminta bar code dari tuan rumah untuk memasuki kondominium.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen