Maki & samakan wanita dengan haiwan, 'influencer' diarah bayar ganti rugi RM100k

Oleh: Shasha Zack

13 Oktober 2020, 2 tahun yang lalu, seorang 'influencer', Eira Aziera telah melakukan 'body shaming' ke atas seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek.

Susulan kejadian itu, Suharnizan telah memfailkan saman dengan menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau ‘body shaming’.

Lepas tular tentang Eira Aziera kali ni ini pula tindakan Syarikat produk  yang jadikan dia duta.

Tak puas hati dengan komen, maki & samakan badan dengan haiwan

Menurut Harian Metro, Eira Azira atau nama sebenarnya Noorazira Pissal telah membuat video dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyamakan badan Suharnizam dengan haiwan hanya kerana tidak berpuas hati dengan komen di live FB.

Tidak berdiam diri, Suharnizan yang juga merupakan seorang pesuruhjaya sumpah telah membuat laporan polis diatas tindakan influencer berkenaan.

Eira Aziera - YouTube

"Mahkamah memerintahkan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial..."

Mewakili Suharnizam, Mohd Rasheed Hassan telah memaklumkan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam saman Suharnizan terhadap Eira Aziera secara dalam talian pada 30 Mei lalu.

Keputusan terbabit dibuat selepas perbicaraan penuh dijalankan selama lima hari dari 24 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian juga.

“Mahkamah juga memerintahkan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.
“Selain itu mahkamah memutuskan bahawa Suharnizan menerusi peguamnya berjaya membuktikan tuntutannya dan selepas kesemua elemen yang berkaitan dipenuhi.”

Dalam kenyataannya, Mohd Rasheed berharap kejadian ini akan menjadi pengajaran buat semua pihak agar sentiasa berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.

Suharnizam Md Sidek Archives

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen