"Dia mintak pakai tudung." - Tersilap 'sodok' rambut, anak perempuan nangis berhari2 bila imej bertukar 'lelaki'

Oleh: Shasha Zack

Satu kejadian yang sangat mencuit hati apabila tragedi tersalah memotong rambut, sekelip mata menukar imej seorang anak perempuan, menjadi lelaki.

Itulah kejadian yang menimpa anak Heilmy, Amylieya ketika dia tidak perasan rambut anaknya 'disodok' amoi di kedai gunting rambut.

"Selalu aunty tu yang potong, haritu dia busy, anak perempuan dia yang potong..."

Menerusi temubual bersama mStar, Helmiey menceritakan detik lucu yang berlaku ketika dia membawa anak lelakinya untuk memotong rambut. Namun ketika sampai di sana, anak lelakinya tiba-tiba enggan memotong lalu si kakak, Amylieya mengambil tempatnya.

"Selalu memnag aunty yang potong, haritu busy, jadi anak perempuan dia yang potong. Kebetulan kedai tu wajibkan pakai mask, jadi dia taknampak muka kakak. Saya pula cakap potong je macam biasa."

"Masetu pulak, saya layan si adik tengok Youtube kat belakang. Pandangan saya terhalang sebab ramai custmer lain. Jadi saya tak perasan amoi dah 'sodok' rambut kakak. Masa dia nak gunting belah atas, saya dah perasan, terus pergi kat amoi tu mintak jangan potong lagi."

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

"2, 3 hari Amylieya menangis sebab segan, dia minta nak pakai tudung..."

Helmiey bagaimanapun mengakui kesilapannya dan langsung tidak marah pada amoi berkenaan. Usai tiba di rumah, isterinya sangat terkejut  lantas dia menceritakan apa yang berlaku.

"2,3 hari pertama, Amylieya menangis juga sebab segan. Kami pujuk dia, kata rambut tu takkan ambil masa lama nak panjang balik. Tapi buat masa ni kalau keluar, dia mintak nak pakai tudung."

Tambah Helmiey, dia menganggap peristiwa ini sebagai kenangan manis dan berterima kasih atas segala komen positif yang diberikan buat anaknya dan keluarga.

Dalam pada itu, sebelum mengakhiri temubual, Helmiey sempat berseloroh agar ibu bapa lebih peka dan tidak leka ketika membawa anak gunting rambut.

"Takut ditimpa kejadian serupa."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen