Tiap hari sold out! Nasi kandar pertama di Tokyo dapat sambutan ramai!

Oleh: Shasha Zack

 

Mengagumkan apabila seorang lelaki dari Jepun membuka restoran nasi kandar pertama di Tokyo dengan nama  ‘Zero Two Nasi Kandar Tokyo‘!

Menurut Astro Awani, kedai yang dibuka sejak Januari lalu menyediakan lauk pauk authentic Malaysia-India, termasuk enam pilihan kari yang berbeza dan lauk kegemaran ramai.

 

Jangan risau, semua halal!

Tidak perlu diragui, empunya restoran, Tateda meyakinkan bahawa semua makanan yang dihidangkan adalah halal dan menu vegetarian turut dihidangkan. Lebih menarik, sayur yang digunakan adalah segar dari petani di Jepun!

Sold out setiap hari

Difahamkan, nasi kandar yang dijual mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan apabila ianya habis setiap hari.

10 Places To Enjoy A Satisfying Nasi Kandar Around KL & PJ

 

Ilham untuk jual nasi kandar tercetus masa travel di Malaysia

Tambah Tateda, ilham untuk beliau membuka restoran di Tokyo adalah ketika dia bercuti di Malaysia dan makan nasi kandar semasa ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dari gambar sumber, dilihat restoran ini penuh setiap hari dengan orang ramai yang beratur untuk merasa dan menikmati hidangan nasi kandar yang disediakan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen