'Pemergian' yang indah, wanita hembus nafas terakhir ketika sujud solat Asar

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian yang dicemburu, seorang wanita warga Thailand disahkan meninggal dunia selepas solat Asar di Masjid Ibrahimi, Pasir Putih, Kelantan.

Memetik laporan Utusan Online, dalam kejadian 4.55 petang itu, wanita berkenaan dikenali sebagai Norhayati Mustafa dilihat berada dalam keadaan sujud pada rakaat kedua sehingga selesai solat.

Menurut Imam Tua masjid itu, Mohamad Sabri Abdul Ghani berkata, wanita berkenaan menghembuskan nafas terakhir selepas ditelentangkan dan diajar mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, ahli khariah wanita membantu mengubah kedudukannya selepas solat Asar selesai  kerana mengesyaki sesuatu masalah yang menimpanya.

“Wanita berkenaan adalah isteri ketiga arwah Mohd. Rasad Muhamad yang meninggal dunia sejak 13 tahun lalu.  Bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Siti Hajar sejak sekian lama untuk membesarkan lima anaknya selepas kematian suaminya.

“Dia yang berasal dari Wilayah Yala, Thailand dikenali ramai dalam kalangan kariah masjid dan peniaga sekitar bandar ini,” katanya.

Tambah Mohamad Sabri, kejadian itu adalah kali pertama sepanjang bertugas di masjid jajahan dan pihak masjid mengambil tanggungjawab membantu keluarga si mati termasuk menanggung segala kos pengebumian.

“Saya bertindak melaporkan kejadian ini kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan selanjutnya. Malah urusan melaporkan kejadian ini ke konsulat Thailand di Kota Bharu dan mendapatkan permit pengebumian diuruskan sepenuhnya oleh pihak masjid.

“Solat jenazah akan disempurnakan di masjid ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siang sebaik sahaja semua prosedur dan urusan berkaitan selesai,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan pengesahan pegawai kesihatan yang menjalankan pemeriksaan mendapati arwah adalah penghidap penyakit kencing manis dan jantung.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati Norhayati telah menetap di negara ini sejak 16 tahun lalu selepas mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah yang bersabit dengan kematiannya dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen