Gara-gara kalah 'game', pengantin lelaki tumbuk isteri atas pelamin

Oleh: Shasha Zack

Bengang dan tak puas hati atas kekalahannya, seorang pengantin lelaki tergamak menampar bakal isterinya di hadapan orang ramai, semasa majlis persandingan mereka.

Kejadian yang berlaku di Uzbekistan itu difahamkan bermula dengan pasangan tersebut yang mengikuti satu permainan yang ‘dibawakan’ oleh pengerusi majlis di depan khalayak ramai, berakhir tragedi.

 

Tumbuk kepala isteri sebab tak puas hati

Dalam pertandingan yang diadakan, pengantin wanita difahamkan telah memenangi game tersebut hingga menimbulkan rasa geram dan tak puas hati pengantin lelaki.

Tanpa fikir panjang, lelaki berkenaan memukul bakal isterinya pada bahagian kepala dengan penumbuk sewaktu berada di atas pentas hingga mengakibatkan bakal isterinya itu terkejut.

 
 

Lari turun pelamin, sebab takut

Tak sangka dengan kekerasan yang berlaku, pengantin wanita menutup kepalanya dan berlari turun dari pelamin sambil dibantu dua wanita disisinya.

Dalam pada itu, lelaki di sebelah pengantin dipercayai pengapit, dilihat tenang berdiri di sebelah walaupun terkejut.

Menurut Daily Mail, tiada maklumat terkini didapati selepas video yang dirakam itu tersebar di Twitter sehingga ke Asia Tengah dan mengundang kemarahan orang ramai.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen