Seronoknya Dah Kahwin! Tetapi Jangan Lupa Perasaan Orang Sekeliling!

“Hai, kami dah kahwin, anda bila lagi?”

“Amboi, macam dalam iklan pula ye, nak buat promosi bagaimana indah nya alam perkahwinan ke sis?” getus hatinya.

Tidak di nafikan, saat di awal perkahwinan semuanya indah. Kerana komitmen berkeluarga masih lagi sedikit, dan hanya menampung anda dan pasangan berdua sahaja. Tetapi tahukah anda, semakin besar gaji kita, semakin tinggi perbelanjaan kita. Itu adalah mainan psikologi dalam minda kita.

Gaji dah banyak, hati dan nafsu inginkan barangan yang branded malah telefon bimbit yang semakin canggih.

Ketika ini, memang ramai yang memberi cadangan kepada yang masih single untuk berkahwin, kerana saat perkahwinan mereka indah belaka. Apa yang berlaku setelah perkahwinan, segala yang buruk, segala kesusahan, tidak mahu pula di kongsi atau cerita.

Di laman sosial juga, setiap masa dan saat mahu update detik-detik kebahagiaan mereka. Hey kawan, mana boleh macam tu!

Tidak semestinya anda perlu menjaga hati si single yang masih mencari cinta sejati, tetapi mereka yang berada si sekeliling anda juga perlu lebih berhati-hati terutamanya ibu bapa dan saudara mara.

Mereka juga pernah berkahwin dan sekurang-kurangnya sudah lebih 5 tahun menempuh alam perkahwinan. Mereka lebih tahu asam garam dalam berumah tangga.

Sebagai pasangan yang baru berkahwin, tidak perlu mempertontonkan adegan sweet atau bahagia anda kepada keluarga. Jika hanya dengan berpegang tangan seperti belangkas sudah mampu membuat orang ramai mahu menutup mata, apatah lagi adegan yang lain bukan?  

Jika anda mempunyai gambar perkahwinan yang berpelukan dengan mesra, cukup la dipotretkan di dalam album perkahwinan atau di kamar tidur sahaja. Tidak perlu post di sosial media setiap saat, malah anda juga boleh memberi cadangan kepada juru gambar yang anda tidak mahu dengan pose yang begitu.

Tidak salah pun untuk berbincang, kerana jika anda tidak fikir untuk jangka masa yang lama, khuatir gambar anda boleh menimbulkan fitnah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen