Saksi dedah Bainun menjerit tak bagi Bella minum air - "Bukan apa budak ni nanti kencing merata."

Oleh: Shasha Zack

Menerusi laporan Kosmo, saksi pendakwaan kelapan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kelibat yang dilihat olehnya berhampiran dengan peti sejuk itu adalah adik Bella, bukannya makhluk halus.

Suhana Zam mendedahkan peristiwa tersebut ketika menjawab soalan Farhan Maaruf (peguam) susulan melihat kelibat di rumah Siti Bainun pada waktu tengah malam sewaktu sedang bekerja di rumah tersebut.

Bella diberi makan cili, dipaksa makan nasi bercampur cuka - Kosmo Digital

Saksi tak takut, sebab tahu itu Bella yang sedang berdiri di depan peti sejuk

Ketika peguam bertanya kepada saksi mengenai perasaan takut melihat kelibat, saksi menjawab sama sekali tidak.

Peguam: Kalau puan tak rasa macam itu (tidak takut) memang dalam pengetahuan puan itu memang Bella. Bukan hantu. Setuju?

Saksi: Setuju.

Dalam pada itu saksi tidak pasti sama ada penghuni-penghuni di rumah Siti Bainun suka bermain “sembunyi- sembunyi”.

Tertarik Langsir Hingga Besi Tercabut, Punca Siti Bainun 'Naik Hantu' Pada  Bella - Berita Ku

Lebih menyayat hati, saksi turut memberitahu pernah mendengar Siti Bainun menjerit dengan nada marah ketika ada seseorang memberi minum kepada Bella.

“Kak Haiza yang memberi air kepada Bella dan Kak Haiza bertanya apa masalahnya, Siti Bainun kemudian berkata ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing merata.”

Kronologi Kes Anak Sindrom Down Yang Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan  Terkemuka

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen